About Me

My photo
Smily person but straight,punctual,honest n ask me more..

Siapa mahu Follow...

Monday, July 20, 2009

Cerita Aku..



Sorotan Sepanjang Kehidupan Aku...

Lahirnya aku kemuka bumi ini dari rahim ibu di HBKL tanggal 18 January 1977 yang kini aku telah berusia 32 tahun....
Semasa kecil aku kurang mendapat kasih sayang ibu..malah x kenal pun bagaimana kasih ibu..Ini kerana masa aku bersama ibu terlalu singkat,maka aku tidak dpt menyimpan sebarang kenangan bersamanya..Yang aku ingat ibu tumpah darah semasa ingin melahirkan adik ku yg ketiga..dan ibu telah dibawa ke hospital(hospital mana aku tak pasti)dan ibu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital tersebut dan adik juga mengikut ibu setelah usianya sebulan kerana demam campak.
Aku dijaga oleh jiran2 dan adik lelaki ku pula dijaga oleh nenek di Felda tementi,Triang..Membesarlah kami dalam keadaan yang amat tidak selesa.Setelah setahun agaknya abah dicarikan jodoh...Maka berkahwinlah abah dengan org Sabak Bernam yang bernama Siti Salimah Binti Dol Jalal..Bermula lah detik aku ada seorang ibu tiri.
Kisah aku ini tidaklah best mana,apa yg ingin ku kongsikan adalah kehidupan yang sedehana dengan kasih sayang yang kurang..Aku dan adik dapat merasakan yang kasih sayang abah tak sama lagi setelah ada adik baru dari mak tiri kami..Adik ku sering memberontak bila setiap apa yang kami lakukan salah di mata abah,wan lah(panggilan bg nenek belah abah)yang menjaga kami dan memberikan kasih sayang yang tak berbelah bagi...
Sesungguhnya kehidupan di waktu itu tidaklah begitu baik,dengan ketiadaan bekalan elektrik,tiada televison untuk berhibur,nak kesekolah pun pada masa itu amat susah...Bila difikirkan kembali aku tak menyalahkan abah sebenarnya..Aku bersyukur aku masih ada abah untuk jadi wali aku nanti (Tak tau bila lak tarikh nikahnye,huhuhu) Pengalaman aku itu membuatkan aku kental dan kadang2 cuba ingin menjadi kakak kepada semua org...Itu mungkin kelemahan yang aku x dapat nak kikiskan dalam diri ini..Merasakan apa yg ku buat semuanya betul belaka..Moga Allah memberiku Hidayah mengubah cara pembawakan watak ini kepada yang lebih baik..Amin..
Berbalik pada kisah hidupku tadi..Pekara yang aku tidak dapat lupakan sehingga detik ini adalah dimana abah menghukum adikku agar tidur diluar rumah,dalam diam aku pun ikut bersama adik duduk dibawah rumah kerana tidak sanggup melihat adik dimarahi abah..Kami sama2 menangis kerana merasakan abah x sayangkan kami..Abah lebih sayangkan adik2 yang lain..Dan ini bukanlah hukuman yang pertama utk ku dan adik..Berkali2 sebenarnya..Aku tahu adik ku mula memberontak merokok,mengambil dadah..kerana tertekan..Dia x dapat bersekolah kerana masalah kesihatan,dia buta huruf,akalnya yg cetek dan mudah terpengaruh....Apa yang aku mampu lakukan pada masa itu,aku sendiri cetek dlm segi pendidikan dan agama..Kehidupan ku masa itu hanya rumah dan sekolah..Aku tidak dibenarkan mengikuti sebarang aktivi lain selain persekolahan oleh abah..Berbeza dengan adik2 ku yang lain...Apa yang mereka mahukan abah ikutkan saja..
Selepas UPSR aku ditawarkan sekolah yg agak baik,sekolah Jengka 2,iaitu Sekolah berasrama,tetapi abah x mampu apa boleh ku katakan lagi..Persediaan utk masuk tingkatan 1 pun abah x mampu sediakan..nasiblah ada jiran sedekahkan baju sekolah lama yang tidak digunakan lagi dan abah ada juga membelikan aku kasut getah bewarna putih utk kegunaan aku ke sekolah..Walaubagaimanapun aku bebangga dapat ke sekolah Menengah walaupun dalam keadaan yg kurang sempurna.
Pelajaran ada kalanya terganggu kerana sebelah paginya aku terpaksa mengikut abah dan mak ke kebun getah menoreh dan mengangkat getah sekerap @ susu getah..Balik terkejar-kejar nak bersihkan badan yang bau getah sekerap yang mana kadang2 ada juga susu getah tertumpah kat kepala mmg lah susah nak dibersihkan...Kelakar pun ada bila diingatkan semula....Segala nya tidak sama dengan keadaan sekarang..kehidupan remaja sekarang penuh dengan pembaziran,membuang masa tidak menentu...Apalah daya aku yang hanya dapat melihat situasi ini...
Kehidupan remaja aku terkawal..tidak pernah bercinta monyet..Cuma ada lah 2,3 jejaka yang aku admirekan..Siapalah aku,aku sedar aku tak layak buat mereka..heheheh..poyo jer kannn.




To be continue..part 2..remajaku sebagai minah kilang...

No comments: