About Me

My photo
Smily person but straight,punctual,honest n ask me more..

Siapa mahu Follow...

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Monday, August 12, 2013

SYAWAL 1434H



                                                 Syawal Pertama Bersama Suami sepenuhnya...




Saturday, September 3, 2011

Syawal dah nak berlalu

Alhamdulillah masih ada nafas untuk menikmati Syawal 1432H. Rasa sekejap je berpuasa thn ini, tup-tup dah raya. Puas bercuti tahun ini. 9 hari dimanfaatkan sebaik2nye. byk benda yg xpernah dibuat raya sebelum ini telah ku lakukan. Pergi ziarah pak cik busu, melawat saudara mara yg semuanye jauh2, maklumlah Pahang kan luas nak ke sesuatu kawasan mesti mengambil masa sekurang2nye1 jam atau 2 jam.

Meriah dan bahagia sekali bila beraya bersama family tersayang. Walau banyak kerenah hal yg dihadapi tetapi rasa bahagia itu mengatasi segalanya. Xpasti adakah tahun akan datang kami masih boleh bersama seperti Syawal ini. Masa yg berlalu itu pasti kan menjadi memori yg x mungkin aku lupakan. Doa-ku untuk semua ahli keluargaku agar semuanya sejahtera selalu dan moga Allah berikan hidayah buat kita.




Beraya ngan mak abah

Abah, Mak, Pak Cik Busu dan Bibik

Jalan2 ke Tasik Chini 

Sunday, August 14, 2011

IFTAR DYMM 1432H pula..

Setiap tahun aku akan melaporkan program Agihan yang berjalan di LZS Gombak. Sekadar perkongsian untuk tatapan kawan2yang menjengah ke Blog saya ini. Tahun ini DYMM Sultan Selangor perkenan merasmikan Masjid Al-Ikhlas, Taman Sri Melati di Selayang. Maka kami dengan automatiknya adalah terlibat. Sekadar sisipan kenangan di sepanjang perjalanan prog. pic menceritakan segalanya.








Saturday, July 9, 2011

REHATKAN MINDA

Kisah pemburu dan Singa

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

MAYAT

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…


CERMIN MATA

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

MALAS KE SEKOLAH

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

Tuesday, June 7, 2011

Kata hati seorang Kakak

Aku menulis ni mungkin dalam keadaan mood yg tidak baik, baru je call mak, mak lak kurang sihat. Abh pon x sihat, mak pula menyampaikan berita yg adik bongsu pompuan aku nak bertunang dalam tempoh terdekat ini. Apa yg aku bengang adik aku tu masih muda, tak de simpanan sbb baru keje, dapat pula calon suami org.

Aku tak pasti adakah aku sebagai kakak ini berfikiran rasional, dan mohon agar rakan2 boleh memberikan buah fikiran untuk aku berfikir lebih waras atau matang. Usia aku yg 34 thn ini bukan tidak memikirkan pasal perkahwinan cuma belum ada jodoh, ada kawan pon hanya nak ambil kesempatan. Apa tah lagi adikku yg baru masuk 21 thn itu dah nak memasuki alam perkahwinan dengan SUAMI org plak tu.

Apakah yg patut aku lakukan? Jika situasi ini terjadi pada kalian apakah yg patut kalian buat? Family aku bukan family yg ada-ada.. Apa pon xde.. Aku emosi kala ini. Sungguh aku tekilan kerana baru diberitahu sedangkan majlis pertunangan akan berlangsung dalam tempoh x sampai 1 bulan.

Semoga Allah membuka hati aku menerima seadanya dan redha. Tp hakikatnya aku memikirkan tentang masa depan adikku yg hidup bermadu... Apa pon x boleh...

Sekian. Wassalam.

Wednesday, May 25, 2011

Sekadar berkongsi Cerita

Telah lama aku tidak mencoretkan sesuatu dalam blogku yg sayup2 ini.
Sebenarnya terlalu byk yg aku lalui dalam tempoh 30hari ini. Salah satu antaranya aku telah TERTIPU dek sorang mamat n yg katanya nak jadikan aku teman "Istimewa" dan akhir nya TIPAH TERTIPU.
Dek kerana aku n jenis yg bersangka baik aku terima natijahnya.

Apa yg berlaku sebenarnya aku berkenalan dengan sorg mmt n melalui satu laman sosial dan aku menerima baik persahahabatan kami. Dalam tempoh 2 minggu kami berkawan, sahabat aku ini ingin menghantarkan "cenderahati" kepada aku, aku bersetuju sahaja sbb x menyangkakan yg buruk akan berlaku. Pada mulanya aku telah bertanyakan apakah barang yg beliau ingin sampaikan kepada aku tu, dia x bg tahu then after 2 day barulah beliau memberikan email yg tertera dibwh kepada aku. Aku terkejut besar apa bila membaca email dan senarai barang yg dia hantar. Aku Online melalui YM( yahoo Masseger) dengan nya. aku menyatakan yg aku tidak bersetuju dengan apa yg dihantar. Dan berkeras agar beliau ambil semula barang tersebut. Tetapi beliau buat tak tahu je. After 2day ada satu syarikat penghantaran menelefon aku dan ingin buat penghantaran barang yg dinyatakan. Aku tidak bersetuju untuk barang itu dihantar kepada aku kerana aku perlu membayar kos "TERIMA" sebanyak RM1180. Aku merujuk kepada rakan yg kerja polis, ternyata itu adalah sendikit untuk mengaburi mata wanita. Sebenarnya barang yg tersenarai itu tidak ada pon, mereka hanya menggunakan senarai brg yg mahal2 itu agar kita menjadi teruja dan lalu membayar kos TERIMA tersebut. Apa2 pon saya dah terlepas sbb sy memberitahunya kalau dia terus menganggu saya akan melaporkan kegiatan beliau ke pihak berkuasa. Pengalaman intu membuatkan sy serik untuk berteman melalui laman sosial. Nasihat sy jagan mudah percaya dengan rakan Internet, kerana saya telah merasainya.

Barikut adalah Email yg dihantar kepada saya :-


Salam My Dear Sayang, (ini adalah luahan hati)

i harap u sihat walafiat and in good care with lovingness... i kat sini berdoa agar business investment dan my promotion berjaya untuk masa depan kita... i mmg bz lately nie, sorry ya sayang & i harap u memahami diri i dan jgn ada syak wasangka terhadap i... nawaitu i mmg ikhlas pd u... i know and hoping that u will like all the things i bought for u and it is from Paris ok dan ini adalah hadiah perhubungan yg ikhlas dari sanubari i yang tulus hanya untuk u... tapi ingin i ingatkan i do all this bcos of our sincerity in relationship & please jgn curang dgn i... i berdoa agar apa yg kita hajati akan di kabulkan dengan ketulusan hati masing-masing... bila sekembalinya i di malaysia, i akan jumpa u dan famili u utk bincang tentang kita... dan satu-satunya saya perlukan dari u adalah doa u utk kita bersama sebagaimana yg i dan u harapkan...

Pls precious all the things i bought for u sayang; 1 Handphone Blackberry Terbaru, 1 IPad Apple, 1 set Jamtangan Bersalut Emas (Ladies Watch), 1 set Cincin, Rantai & Gelang Tangan Diamond, Rose Flower Kad dgn pics Shah, Tudung, Selendang & Scarf 10 warna, 1 boxes of Brooches, 3 set Ladies Perfume (Ralph Lauren, Issey Miyake, Gucci), 1 Set Make Up Chanel, Ladies Handbag with purse 6 warna, 5 Ladies T-Shirt and 5 Blouse, 1 set Lingeries 3 warna, 2 Huge Teddy Bear, 2 set Satu Edisi Khusus Al'Quran 3 Bahasa, pocket money £12,150 pounds for u to take good care of urself just for me and make sure kita sama2 jujur dari segalanya, dont ever hide anything from me no matter what it is ok...

Harapan i agar u tulus utk bersama dgn i, terima i seadanya, dr sanubari yg mendalam semoga u adalah segalanya utk i... hargai i as i menghargai u dlm hidup i, dan selalu ingat untuk menempatkan i dalam doa-doamu dan Allah akan melihat kita melalui dalam segala perbuatan kita... sms to me or email me once u have received my precious things ok... Ni amanah dr i khas utk sayang... i trust u sayang...

Dengan tulus hati, i menyayangi dan merindui u...

Lots of Love ~ A Shah Redzuan... Mwuahhhhhhhhhhhh
 
WANITA MANA YG TAK CAIR DENGAN KATA2 YG DINYATAKAN DIATAS. SEMUA ITU ADALAH SATU SENDIKIT PENIPUAN. MEREKA YG X BERTANGGUNGJAWAB INI MENGUNAKAN WANITA UNTUK MENDAPATKAN INCOME.
SEKADAR INGATAN BUAT RAKAN2 PEMBACA SEKELIAN.

Tuesday, February 22, 2011

SEMALAM?

Assalamualaikum kepada rakan yg setia menjengguk myblog..



Hari ini, hari baru suasana lama.. Masih sama dengan semalam yg telah menjadi kenangan. Segala yg dilakukan adalah rutin harian. Bangun pagi sediakan sarapan, pergi kerja. Sampai tempat keje plak perkara pertama yg dilakukan adalah "TOUCH ID CARD", then tunggu rakan2 lain masuk.. Kul 8 kuar p sarapan. Semuanya sama mcm semalam.

Harapan nak bertukar daerah hanya menjadi mimpi bagiku. Siapa lah manusia yg baik nak mengambil tempat aku ni agaknyer.. Rasa jemu plak sbb dah nak masuk 5 thn berada ditempat yg sama, suasana yg sama. Bukan tak bersyukur. tp aku jenis yg bukan boleh stay d sesuatu tempat dengan lama. itu lah masalahnye.. Bukan sbb kemanusiaan pon, xde kena mengena dengan yg hidup atau yg dah tiada.

Bagi aku, aku perlukan suasana baru untuk mengembangkan kotak pemikiran aku ini. Pergaulan dengan org baru akan lebih mencabar minda.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

Hari yg Cedey

Sedih hari ni PC yg disayangi sakit dan dihantar kehospital menaiki ambulan.. huhuhuhu. Sian aku, dah 2 3 hari PC tu x idup tup2 hari ni PC kena hantar hospital plak..


Dr. Shahir ICT sedaya upaya memastikan PC aku tu boleh ON tp akhirnya....Terkulai juga akhirnya...
Terpisah juga aku dengan PC kecayangan...


Monday, February 21, 2011

I Luv....All

Suasana malam yg sunyi buatkan mata ku lalok dibuai kengantukkan.. tp masih ada hati nak mencoret sepatah dua kata... Teringatkan pada ibubapa nun jauh di Jengka.. Sihatkah Abah n Mak..

Hmmm... Mata dah mula berair menunjukkan keletihan mengadap PC.. Tp hajat nak menulis kt blog n masih kuat.. Sekadar nak mengingatkan diri adakah wajar dengan segala tindakkan aku.. Adakah wajar aku bersikap keras pada semua orang disekeliling ku..Ini lah sikap yg mungkin orang tak suka padaku..Hmmm.. X semua yg aku buat itu betul pada pandangan org kan.. Hati sering menyesal bila dah terlanjur mengeluarkan sikap yg membosankan..

Apalah daya aku.. Hanya manusia biasa yg x lepas dari melakukan kesilapan. Hakikatnya ku tanggung sendiri xpayahlah nak bg tahu semua org bagai mencanangkan kelemahan diri.. Terasa hatikah aku?walhal kdg2 aku sendiri x pandai nak jg hati org... Padan lah muka aku...rasalah apa yg org lain rasa. Maaf lah kawan... kdg2 tu aku pun ada ego aku sendiri.. Masing2 pon ada sikap yg tersendiri yg nak kwn2 kita fahami. Moga aku dapat didik adik2ku yg tinggal bersama n sebaik2nya. 

Maafkan Aku Abah, Mak, Adik2, Teman2....Kalian tetap dihati..