Sekadar ingatan untuk diri sendiri..
Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yangbebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal balighbarulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatankejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib danAtiq.
Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yangsangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati.
Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yangmenghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalamdiri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunyatidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendamhatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atautempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kenasakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana iamemiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalihmengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsibersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurahtetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkalarezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetaptak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yangdikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan olehkita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakanrezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itusedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabarapatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabarbila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walaukeja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadiia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifatini pantang tercabar dari su dut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untukdipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambahamalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marahkalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita keranabila su dah dapat su sah pula menjaganya.
Berhartalah tidak mengapatetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawaamalan dan doa anak yg soleh/solehah...
Cinta dunia merupakan "nerakadunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan danrebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...
andai kita terleka dengan dunia buruklahhpadahnya.
Wallahualam"
No comments:
Post a Comment