About Me

My photo
Smily person but straight,punctual,honest n ask me more..

Siapa mahu Follow...

Monday, January 18, 2010

Pantun Hari Jadi Ku..




















Pantun Hari Jadi KU...

Asam pedas ikan keli,
Bekal dibawa ke pantai Merang,
Bertandang tamu jauh sekali,
Berseri majlis hati pun girang,

Nikmat rezeki kongsi-kongsikan
Nikmat budi balas-balaskan
Rahmat Ilahi syukur-syukurkan,
Saudari Nor Azlina kita raikan,

Merindu kasih beria-ria,
Hajat di hati ingin bersua,
Dua dekad hidup di dunia,
Pahit manis ditempuh jua,

Berkilat sinar tiara permata,
Molek dipakai si gadis Lingga,
Dewasa sudah saudara kita,
Bila pula berumah tangga?

Datang sekawan dari seberang,
Menghilai tawa bergurau senda,
Siapalah saya di hati orang,
Berharta tiada wajah pun tiada,

Manis sekali si anak dara,
Diusik teruna berpaling malu,
Buka dada tanyalah selera,
Pinta di hati janganlah silu.

2 comments:

Giulos said...

wah3 pndai beno akak kite nie berpntun er....
huhuhuuhu......semoga ape y dihjat kn termkbl,,,
love u sis'

NorZ@K said...

Salam.ada gak yang nak masuk kat blog sesemut nih...hahahah...thank...