About Me

My photo
Smily person but straight,punctual,honest n ask me more..

Siapa mahu Follow...

Wednesday, February 23, 2011

iNfo: eKZeMa @ aLAhAn kuLiT

Ekzema bukan disebabkan kuman

sEkAdAr hIAsAn



EKZEMA adalah inflamasi kulit yang menyebabkan kulit gatal, bertukar merah dan kadang-kadang boleh berair. Selalunya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif tetapi ada banyak sebab lain boleh menyebabkan ekzema berlaku.
Anda sebagai ibu bapa mungkin tertanya di bahagian kulit mana ekzema sering terjadi. Secara amnya bergantung kepada usia kanak-kanak itu. Bagi bayi kebanyakannya berlaku di bahagian kulit kepala, muka, tangan dan kaki. Bagi kanak-kanak prasekolah di bahagian pelipat sendi tangan dan kaki.

Masalah ekzema kanak-kanak sering berlaku sebelum umur lima tahun. Dengan kekerapan lebih kurang 15 peratus kanak-kanak mengalaminya.

Apabila kanak-kanak mencapai usia enam tahun lebih kurang 50 peratus daripada mereka akan pulih dari ekzema. Sebanyak 10 peratus daripada kanak kanak ini akan terus mengalami masalah ekzema dan selalunya kanak-kanak ini akan mengalami masalah kekeringan kulit dan kulit sensitif.

Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mengalami ekzema kerana ia adalah masalah keturunan. Kelazimannya ia berlaku kepada keluarga yang mengalami masalah resdung, lelah dan juga ekzema.

Lebih kurang 80 peratus daripada kanak-kanak yang ibu bapanya mengalami masalah ekzema juga akan mengalami masalah ekzema. Bagaimanapun, meskipun tiada ahli keluarga yang mengalami masalah ekzema, sesetengah kanak-kanak boleh juga mengalami masalah itu.

Oleh kerana alahan adalah salah satu faktor ekzema, kanak-kanak ini juga boleh mengalami masalah lain seperti lelah dan resdung (allery sinusitis)

Adakah ekzema boleh berjangkit?

Tidak. Ekzema bukan disebabkan kuman. Kelazimannya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif dan bahan-bahan seperti hama habuk (house dust mites), bulu haiwan seperti kucing dan anjing juga boleh menyebabkan ekzema.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan ekzema. Jenis makanan yang boleh menyebabkan ekzema adalah berbeza dan tidak khusus.

Bagaimana mengurangkan kanak-kanak menggaru ?

Menggaru adalah rasmi utama bagi kanak-kanak yang mengalami ekzema. Ini disebabkan kegatalan yang berlaku dengan masalah ekzema. Bagaimanapun dengan menggaru bukan saja ia tidak memberhentikan kegatalan tetapi menyebabkan terasa lebih gatal dan juga menyebabkan inflamasi kulit iaitu kulit menjadi bengkak, merah dan juga luka. Kadangkala menyebabkan jangkitan kuman.

Oleh itu cara utama mengurangkan kanak-kanak menggaru adalah dengan mengurangkan kegatalan. Menggunakan krim pelembap adalah cara utama mengawal ekzema. Krim pelembap ini boleh di dapati dari farmasi dan tidak memerlukan priskripsi doktor. Penggunaan krim pelembap dengan banyak terutama selepas mandi akan mengawal masalah ekzema.

Beberapa perkara boleh menyebabkan ekzema bertambah buruk seperti sabun pambasuh, jenis pakaian seperti kain sintetik atau 搘ool? keadaan persekitaran yang kering, peluh dan suhu yang panas. Dengan mengetahui perkara yang menyebabkan ekzema bertambah bagi anak anda, ia boleh membantu mengelakkan dan mengawalnya.

Cara pengawalan ekzema.

a)Pastikan pakaian diperbuat daripada kapas. Pakaian dari jenis lain mungkin menyebabkan ekzema bertambah buruk.

b)Penggunaan sabun yang berlebihan untuk mencuci pakaian boleh menyebabkan ekzema, dengan itu pastikan pakaian dibilas dua kali atau elakkan penggunaan bleech.

c) Untuk mengelakkan hama habuk, penggunaan pengalas yang boleh mengurangkan hama habuk, penggunaan vaccum cleaner?yang mempunyai kuasa penyedut yang tinggi atau Mouse dust mite spray?boleh mengurangkan masalah ekzema.

Cara mengawal ekzema di sekolah

a)Pastikan anak anda tidak duduk di kawasan terlalu panas
b)Pakai pakaian sekolah yang diperbuat dari kapas
c)Terlalu aktif disebabkan berpeluh dengan banyak boleh menyebabkan ekzema
d)Air garam atau berklorin mungkin menyebabkan ekzema bertambah
e)Makanan yang boleh menyebabkan ekzema bertambah sepatutnya dielakkan.
f)Elakkan dari menggaru di sekolah

No comments: