About Me

My photo
Smily person but straight,punctual,honest n ask me more..

Siapa mahu Follow...

Tuesday, February 22, 2011

SOSEHSOSEH: Giliran Zizan, Dira galas Melodi

-Pasangan Serasi-

SETIAP yang lama pasti berganti baru. Begitulah lumrah hidup berlaku dalam masyarakat. Kalau selama ini teka-teki mengenai kemunculan pelakon Dira Abu Zahar bersama naib juara Raja Lawak musim pertama, Zizan mengacara program hiburan popular Melodi diperkatakan sejak minggu lalu.

Tapi kini semua itu bukan teka-teki lagi apabila semalam pihak pengurusan TV3 menghantar kenyataan rasmi daripada penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, mengesahkan kehadiran dua pengacara ini sebagai keluarga baru Melodi.

Sehubungan itu, bermula April ini, Melodi akan memperkenalkan kemunculan duo baru, Zizan bersama Dira menggantikan gandingan Fara Fauzana dan Wadid Senario untuk meneruskan legasi Melodi menyampaikan infotainment kepada penonton dan peminat Melodi.

Pertukaran ini dilakukan bagi mengekalkan prestasi serta kredebilitinya sebagai antara program paling popular di TV3. Ia juga selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara penghujung Mac ini.

Sejak mula diterbitkan pada 1992, nama-nama seperti Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura serta gandingan serasi Wahid dan Fara merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.

Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara Melodi buat kali terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac, manakala gandingan Zizan dan Dira mengambil alih pada minggu berikutnya bersiaran langsung di Arena of Stars Genting, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) pada 3 April.
SS difahamkan, peminat Wahid masih boleh melihat telatah spontan serta mencuit hati pengacara berbakat ini sebagai pengacara baru program Ewah-Ewah bergandingan bersama Nabil yang akan mula disiarkan di TV3 mulai April nanti.

Sememangnya keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir 6 tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi diakui ramai tetapi selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang dilakukan TV3 sejak beberapa bulan lalu, pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan. PIhak TV3 juga menegaskan, perubahan ini perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus diperbaharui, relevan dan menepati kehendak cita rasa jutaan penonton. Malah pembaharuan seperti ini berlaku untuk semua program TV3 dan berharap ia tidak menjadi satu isu. Mereka yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Dira mampu mengendalikan rancangan itu dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan. Meskipun berwajah baru, Melodi tetap mengekalkan konsep persembahannya iaitu melaporkan berita berkaitan hiburan, merangkumi aktiviti, visi, sensasi, luahan rasa, kontroversi dan gosip bagi memeriahkan persada seni tanah air.

Sumber: Mymetro

No comments: