About Me

My photo
Smily person but straight,punctual,honest n ask me more..

Siapa mahu Follow...

Wednesday, May 25, 2011

Sekadar berkongsi Cerita

Telah lama aku tidak mencoretkan sesuatu dalam blogku yg sayup2 ini.
Sebenarnya terlalu byk yg aku lalui dalam tempoh 30hari ini. Salah satu antaranya aku telah TERTIPU dek sorang mamat n yg katanya nak jadikan aku teman "Istimewa" dan akhir nya TIPAH TERTIPU.
Dek kerana aku n jenis yg bersangka baik aku terima natijahnya.

Apa yg berlaku sebenarnya aku berkenalan dengan sorg mmt n melalui satu laman sosial dan aku menerima baik persahahabatan kami. Dalam tempoh 2 minggu kami berkawan, sahabat aku ini ingin menghantarkan "cenderahati" kepada aku, aku bersetuju sahaja sbb x menyangkakan yg buruk akan berlaku. Pada mulanya aku telah bertanyakan apakah barang yg beliau ingin sampaikan kepada aku tu, dia x bg tahu then after 2 day barulah beliau memberikan email yg tertera dibwh kepada aku. Aku terkejut besar apa bila membaca email dan senarai barang yg dia hantar. Aku Online melalui YM( yahoo Masseger) dengan nya. aku menyatakan yg aku tidak bersetuju dengan apa yg dihantar. Dan berkeras agar beliau ambil semula barang tersebut. Tetapi beliau buat tak tahu je. After 2day ada satu syarikat penghantaran menelefon aku dan ingin buat penghantaran barang yg dinyatakan. Aku tidak bersetuju untuk barang itu dihantar kepada aku kerana aku perlu membayar kos "TERIMA" sebanyak RM1180. Aku merujuk kepada rakan yg kerja polis, ternyata itu adalah sendikit untuk mengaburi mata wanita. Sebenarnya barang yg tersenarai itu tidak ada pon, mereka hanya menggunakan senarai brg yg mahal2 itu agar kita menjadi teruja dan lalu membayar kos TERIMA tersebut. Apa2 pon saya dah terlepas sbb sy memberitahunya kalau dia terus menganggu saya akan melaporkan kegiatan beliau ke pihak berkuasa. Pengalaman intu membuatkan sy serik untuk berteman melalui laman sosial. Nasihat sy jagan mudah percaya dengan rakan Internet, kerana saya telah merasainya.

Barikut adalah Email yg dihantar kepada saya :-


Salam My Dear Sayang, (ini adalah luahan hati)

i harap u sihat walafiat and in good care with lovingness... i kat sini berdoa agar business investment dan my promotion berjaya untuk masa depan kita... i mmg bz lately nie, sorry ya sayang & i harap u memahami diri i dan jgn ada syak wasangka terhadap i... nawaitu i mmg ikhlas pd u... i know and hoping that u will like all the things i bought for u and it is from Paris ok dan ini adalah hadiah perhubungan yg ikhlas dari sanubari i yang tulus hanya untuk u... tapi ingin i ingatkan i do all this bcos of our sincerity in relationship & please jgn curang dgn i... i berdoa agar apa yg kita hajati akan di kabulkan dengan ketulusan hati masing-masing... bila sekembalinya i di malaysia, i akan jumpa u dan famili u utk bincang tentang kita... dan satu-satunya saya perlukan dari u adalah doa u utk kita bersama sebagaimana yg i dan u harapkan...

Pls precious all the things i bought for u sayang; 1 Handphone Blackberry Terbaru, 1 IPad Apple, 1 set Jamtangan Bersalut Emas (Ladies Watch), 1 set Cincin, Rantai & Gelang Tangan Diamond, Rose Flower Kad dgn pics Shah, Tudung, Selendang & Scarf 10 warna, 1 boxes of Brooches, 3 set Ladies Perfume (Ralph Lauren, Issey Miyake, Gucci), 1 Set Make Up Chanel, Ladies Handbag with purse 6 warna, 5 Ladies T-Shirt and 5 Blouse, 1 set Lingeries 3 warna, 2 Huge Teddy Bear, 2 set Satu Edisi Khusus Al'Quran 3 Bahasa, pocket money £12,150 pounds for u to take good care of urself just for me and make sure kita sama2 jujur dari segalanya, dont ever hide anything from me no matter what it is ok...

Harapan i agar u tulus utk bersama dgn i, terima i seadanya, dr sanubari yg mendalam semoga u adalah segalanya utk i... hargai i as i menghargai u dlm hidup i, dan selalu ingat untuk menempatkan i dalam doa-doamu dan Allah akan melihat kita melalui dalam segala perbuatan kita... sms to me or email me once u have received my precious things ok... Ni amanah dr i khas utk sayang... i trust u sayang...

Dengan tulus hati, i menyayangi dan merindui u...

Lots of Love ~ A Shah Redzuan... Mwuahhhhhhhhhhhh
 
WANITA MANA YG TAK CAIR DENGAN KATA2 YG DINYATAKAN DIATAS. SEMUA ITU ADALAH SATU SENDIKIT PENIPUAN. MEREKA YG X BERTANGGUNGJAWAB INI MENGUNAKAN WANITA UNTUK MENDAPATKAN INCOME.
SEKADAR INGATAN BUAT RAKAN2 PEMBACA SEKELIAN.

5 comments:

aina said...

teruk la laky nie...bahaya btul...nsib baik akak xterima!

Comelo said...

Jangan terpedaya dengan sendikit mcm n..Cuma mengingatkan

Anonymous said...

haha bagi euro tuh ekekkee

Anonymous said...

2 set Satu Edisi Khusus Al'Quran 3 Bahasa ni lagi lawak ekekekke

NorZ@K said...

Penipu.. xde manusia jujur dah kt muka bumi n.. :(